Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

22) AGROPRENEUR MUDA SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan maklumat geran yang telah diluluskan bawah Program Agropreneur Muda Selangor.

    Sehingga tahun 2018, sejumlah RM3,344,842.00 telah diluluskan kepada agromuda di bawah Program Agromuda Selangor atau AMSELyang melibatkan penerima seramai 180 orang. Pemberian geran bantuan adalah berbentuk peralatan, input pertanian, baka ternakan, benih ikan serta peralatan akuakultur. Pecahan pemberian geran tersebut adalah seperti berikut:-

     

    BIL. TAHUN KELULUSAN JUMLAH PENERIMA JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1. 2015 21 279,975
    2. 2016 44 668,123
    3. 2017 31 418,621
    4. 2018 84 1,978,123
    JUMLAH 180 3,344,842

    (Sumber : Upen, Oktober 2019)

Lampiran

Tiada Lampiran.