Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

94) AHLI LEMBAGA PELESENAN EKSAIS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Lembaga Perlesenan Eksais di setiap Pejabat Tanah dan Daerah serta prosedur, tempoh pelantikan, tarikh tamat pelantikan setiap ahli, gaji dan elaun yang dibayar kepada setiap seorang Ahli Lembaga.

    Tiada prosedur yang khusus dan seragam bagi pelantikan Ahli Lembaga Perlesenan Eksais di setiap Pejabat Daerah dan Tanah berdasarkan Akta Eksais 1976 (Akta 176). Namun kebanyakan Pejabat Daerah dan Tanah menggunakan kaedah pelantikan yang hampir sama. Secara umumnya prosedur pelantikan adalah seperti berikut:

     

    • Pelantikan ahli baharu bagi Ahli Lembaga Pelesenan Eksais adalah melalui pemilihan mana-mana Ahli NGO/ pesara yang sukarela untuk menjadi Ahli Lembaga Pelesenan Eksais yang terdiri di kalangan ahli profesional dan berkelayakan setaraf dengannya;

     

    • Cadangan calon-calon akan dipertimbangkan dan disyor oleh Pegawai Daerah sebagai Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais untuk diangkat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bagi tujuan kelulusan dan pelantikan dan seterusnya pewartaan; dan
    • Surat lantikan Ahli Lembaga Pelesenan Eksais dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing

    Senarai tempoh pelantikan, tarikh tamat pelantikan setiap ahli, gaji dan elaun yang dibayar kepada setiap seorang Ahli Lembaga adalah seperti di Lampiran A

     

Lampiran

Tiada Lampiran.