Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
51) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan semua ahli-ahli lembaga pengarah untuk setiap badan berkanun dan anak-anak syarikat negeri Selangor
Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi.
Badan Berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980).
Berikut merupakan senarai Anak Syarikat/Agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor :-
Bil Anak Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor 1 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 2 Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 3 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) 4 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) 5 Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) 6 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 7 Yayasan Selangor 8 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 9 Permodalan Negeri Selangor Berhad 10 Bukit Beruntung Golf & Country Resort 11 Tourism Selangor Sdn Bhd 12 Communication Corporation Sdn Bhd 13 Rantaian Mesra Sdn Bhd 14 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 15 MSNS Holdings Sdn Bhd 16 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 17 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 18 Invest Selangor Berhad 19 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 20 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Senarai Ahli Lembaga Ahli-Ahli Lembaga Pengarah untuk setiap Badan Berkanun dan Anak-Anak Syarikat Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.