Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

9) AHLI MAJLIS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi Ahli Majlis lantikan selepas Mac 2008 dan adakah KPIÕs digunakan dalam penilaian tersebut?

    Keseluruhan prestasi yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Majlis PBT bagi penggal 2008/2009
    telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berkesan serta
    amat memuaskan. Terdapat hanya segelintir Ahli Majlis sahaja yang kurang aktif dalam
    penyampaian perkhidmatannya yang mungkin perlu diberi lebih pendedahan mengenai
    peranan sebagai Ahli Majlis.
    Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menetapkan sebelas (11) KPI’s bagi menilai
    prestasi Ahli-ahli Majlis penggal 2008/2009 dan di antara aspek-aspek yang dinilai
    adalah seperti kehadiran Ahli Majlis ke Mesyuarat di PBT, komitmen, komunikasi,
    disiplin serta keaktifan seseorang Ahli Majlis dalam menghubungkan di antara Pihak
    Berkuasa Tempatan dengan penduduk setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.