Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

31) AHLI MAJLIS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Majlis yang baru dilantik mengikut PBT dan asas pemilihan mereka?

    1. Senarai Ahli Majlis yang baru dilantik mengikut PBT adalah seramai 26 orang seperti di Lampiran 1. Kriteria asas pemilihan Ahli Majlis yang berwibawa adalah berdasarkan Seksyen 10(2) dan 10(3) Akta 1976 (Akta 171) seperti berikut:-

     

    Seksyen 10(2), Akta 171

     

    “Anggota Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik di antara orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklah orang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatan atau yang telah memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu.”

     

    Seksyen 10(3), Akta 171

     

    “Tempoh jawatan bagi setiap Anggota Majlis tidak boleh lebih daripada tiga tahun.”

     

Lampiran

Tiada Lampiran.