Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

42) AHLI MAJLIS & MASYARAKAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah sumbangan Ahli Majlis kepada pembangunan masyarakat di setiap kawasan PBT?

     

    Ahli Majlis banyak memainkan peranan dan memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat. Antara sumbangan dan peranan Ahli Majlis adalah:-

     

    Sebagai pembuat dasar melalui keanggotaan di dalam Jawatankuasa Tetap PBT (Fullboard) di semua

     

    Mempengerusikan Jawatankuasa Penduduk bagi setiap kawasan zon yang telah ditetapkan kepada setiap Ahli

     

    Mengadakan dan melaksanakan program-program yang berbentuk kemasyarakatan di kawasan zon Ahli Majlis masing-masing. Seperti program gotong-royong, kempen denggi, kempen tikus, keselamatan, Program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB), sambutan hari ibu dan sebagainya.

     

    Menjadi perantara di antara PBT dengan penduduk setempat bagi menyelesaikan masalah penduduk

     

    Membantu dalam penyelesaian aduan oleh penduduk dan melaporkan kepada PBT serta mempunyai pengetahuan mengenai dasar-dasar Majlis dan menjadi sumber rujukan

     

    Menyalurkan maklumat mengenai isu-isu terkini di kawasan kendalian JKP kepada PBT.

     

    TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN
    2008 1,062,371.25
    2009 1,564,347.25
    2010 1,450,118.65
    2011 1,435,720.13
    2012 1,560,198.89
    2013 1,705,712.22
    2014 (23 Mei 2014) 383,507.90

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.