Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

112) AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah caranya Ahli Majlis di PBT yang berkenaan dinilai prestasi kerja mereka?

    Pemantauan prestasi Ahli Majlis akan dinilai sepanjang perkhidmatannya dengan
    mengguna pakai sebelas (11) indikator yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri iaitu
    berdasarkan :-
    i) Kehadiran Mesyuarat
    ii) Komitmen kepada tugas
    iii) Pengetahuan dan kemahiran dalam tugas.
    iv) Kebolehan membuat keputusan
    v) Keberkesanan komunikasi.
    vi) Keberkesanan Hasil Kerja
    vii) Kepimpinan
    viii) Integriti
    ix) Disiplin dan ketepatan masa
    x) Proaktif dan inovatif, dan
    xi) Jalinan perhubungan dan kerjasama
    Pemantauan prestasi yang dinilai ke atas Ahli Majlis bukan sekadar komitmennya di
    dalam pejabat malah Kerajaan Negeri juga amat menitikberatkan sumbangan setiap Ahli
    Majlis terhadap kawasan yang dipertanggungjawabkan. Seperti mana yang telah
    dipraktikkan, penilaian prestasi bagi setiap Ahli Majlis PBT akan dilaksanakan oleh
    ADUN, Ahli Parlimen dan juga Datuk Bandar/Yang Dipertua. Seterusnya, penilaian
    berkenaan akan dibincangkan di dalam Jawatankuasa Pemilihan Ahli Majlis Negeri
    Selangor untuk dipertimbangkan sama ada perkhidmatan mereka disambung ataupun
    sebaliknya.

Lampiran

Tiada Lampiran.