Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

123) AIR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Air terawat dibekalkan melalui Wangsa Maju ke Ampang khususnya di Flat Desa Lembah Permai, kenapa selalu di Desa Lembah Permai apabila ketiadaan air, alasan yang diberikan tekanan air rendah?

    Kawasan Lembah Permai termasuk Flat Lembah Permai menerima bekalan air terawat dari Loji Rawatan Air Ampang Intake dan Rumah Pam Wangsa Maju. Loji Rawatan Air Ampang Intake hanya mampu mengeluarkan bekalan air sebanyak 18 Juta Liter Sehari (JLH). Kepadatan penduduk di kawasan tersebut telah meningkat melebihi 10,000 orang. Kawasan Flat Lembah Permai terletak di kawasan tinggi. Justeru itu, apabila berlaku henti tugas loji Ampang Intake atau gangguan di Rumah Pam Wangsa Maju, maka kawasan Flat Lembah Permai akan turut terjejas.

Lampiran

Tiada Lampiran.