AIR MINERAL
35) AIR MINERAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor juga melibatkan peningkatan hasil bahanbahan mineral. Apakah air mineral juga termasuk dalam kategori bahan-bahan mineral?
Air mineral adalah tidak termasuk dalam kategori bahan-bahan mineral. Berdasarkan
Enakmen Mineral (Selangor) 2000 telah mentafsirkan ‘mineral’ seperti berikut:
“mineral” ertinya apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau
bergas yang terjadi ;-
a) dengan cara semulajadi;
b) hasil daripada perlombongan di dalam atau di atas tanah ; atau
c) hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut,
yang terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi tetapi
tidaklah termasuk air, “bahan batuan” sebagaimana ditafsirkan dalam
Kanun Tanah Negara dan “petroleum” sebagaimana ditafsirkan dalam
Akta Melombong Petroleum 1966.
Walau bagaimanapun, berdasarkan tafsiran dalam seksyen 2, Enakmen Lembaga Urus
Air Selangor 1999, bahawa air mineral boleh didefinisikan sebagai sumber air bumi yang
mengandungi mineral-mineral semulajadi tertentu yang diabstrak daripada air bawah
permukaan di bawah aras air di dalam tanah-tanih dan bentukan geologik seperti
tafsiran di bawah:
‘”air bumi” ertinya air bawah permukaan yang terdapat, di bawah aras air di
dalam tanah-tanih dan bentukan geologik dan termasuklaha) sesuatu telaga, lubang gerek atau bentuk kerja sepertinya yang digali ke
dalam strata bawah tanah,termasuklah mana-mana adit atau saluran .yang
dibina berhubungan dengan telaga, lubang gerek atau bentuk kerja itu bagi
menyenangkan pengumpulan air di. dalam telaga, lubang gerek;
b) mana-mana penggalian ke dalam strata bawah tanah di mana paras air
dalam penggalian itu bergantung sepenuhnya atau sebahagian besarnya
kepada air yang memasukinya daripada strata itu; dan
c) mana-mana air bumi yang ditetapkan.
