Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

104) AIR PERCUMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sepertimana telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato Menteri Besar bahawa pada 01/06/08 semua pengguna meter individu akan diberikan 20 meter padu pertama air percuma. Adakah perjanjian yang ditandatangani pada 07/04/08 oleh Kerajaan terdahulu dengan Syabas akan memberikan sebarang kesan ke atas perancangan Kerajaan Negeri sekarang?

    Perjanjian Pengurusan dan Penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Sireh
    yang ditandatangani pada 7 Mac 2008 adalah di antara Kerajaan Negeri
    Selangor dengan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. Kerajaan Negeri melalui MMKN
    Ke 5/2007 bertarikh 7 Februari 2007 telah bersetuju supaya pengurusan loji ini
    diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. Perjanjian ini pada dasarnya tidak
    menjejaskan sebarang perancangan memandangkan ia telah pun dipersetujui
    terdahulu bagi memastikan loji tersebut terus membekalkan air terawat kepada
    kawasan Tanjung Karang dan Sekinchan. Loji ini dianggarkan dapat
    membekalkan air terawat kepada lebih 100 ribu pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.