Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

266) AIR PERCUMA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci, hasil kajian mengenai penjajaran program air percuma di Selangor

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor masih meneruskan Program Pemberian Air Percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua pengguna di Negeri Selangor.

    Objektif perlaksanaan Program Pemberian Air Percuma ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun program ini telah dapat dinikmati oleh semua peringkat pendapatan.  Bagi memastikan program ini menepati objektif perlaksanaannya dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah perbelanjaan yang lebih berhemah, Dewan Negeri Selangor pada 23 November 2018 telah meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri dengan menyasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.

    Kerajaan Negeri masih meneliti dan memperhalusi mekanisme yang akan digunakan di dalam melaksanakan penjajaran semula ini bagi memastikan golongan sasar khususnya golongan berpendapatan rendah tidak terjejas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.