Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

198) AIR PERCUMA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah unit pangsapuri yang belum mendapat manfaat Air percuma Kerajaan Negeri Selangor khususnya di DUN Batu Tiga?

    Jumlah keseluruhan pengguna domestik (kediaman) di DUN Batu Tiga mengikut kod tarif adalah; Kod 10 (Kediaman) sebanyak 11,093 akaun, Kod 17 (Kondominium) sebanyak 6 akaun dan Kod 18 (Pangsapuri) sebanyak 4 akaun.

    Kesemua akaun Kod 10 dan Kod 18 (Pangsapuri) adalah layak dan telah menerima manfaat Air Percuma. Bagi Kod 18 (Pangsapuri) terutamanya, kesemua 4 akaun tersebut telah pun migrasi kepada akaun individu di bawah Kod 10.

Lampiran

Tiada Lampiran.