AIR PERCUMA

115) AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah perlaksanaan 40m padu air percuma akan dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri Selangor sedia untuk membuat semakan ke atas program pemberian 20 meter padu air percuma ini. Namun apa pun yang diputuskan kelak, matlamat untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan rendah akan dipertahankan oleh Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri Selangor perlu berhati-hati dalam membuat semakan ini kerana data dan statistik menunjukkan kadar penggunaan per kapita nasional untuk penggunaan domestik bagi Negeri Selangor adalah pada kadar 235 liter/orang/hari. Kadar penggunaan sebanyak 235 liter/orang/hari ini adalah jauh lebih tinggi dari Singapura sebanyak 170 liter/orang/hari.

    Maka itu, program kesedaran dan usaha-usaha boleh dijalankan bagi mengurangkan penggunaan air seperti yang pernah dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu pengenaan surcaj ke atas penggunaan yang membazir.

    Selain langkah mengenakan surcaj, Kerajaan Negeri Selangor juga akan menggalakkan pengguna melaksanakan pemasangan alat-alat penjimatan air [Water Saving Devices (WSD)] yang dapat mengurangkan penggunaan air secara automatik. WSD adalah termasuk sistem penjimatan pancuran air (heads, handsets dan sistem kawalan), peralatan paip (heads, sinki, bibs dan mixers) dan sistem tandas (sistem dwi-siram, tangki curahan dan bidet) serta mesin basuh dan mesin membasuh pinggan.

    Kempen-kempen yang akan dibuat adalah usaha-usaha bagi memberi kesedaran kepada pengguna agar menggunakan air secara berhemah dan memastikan tiada unsur-unsur pembaziran dalam penggunaan harian. Kempen-kempen ini akan dijalankan melalui media masa.

    Sekiranya penggunaan domestik di Negeri Selangor sebanyak 235 liter/orang/hari dapat dijimatkan sebanyak 20% daripada kadar penggunaan air semasa, ia boleh memberikan penjimatan yang dianggarkan sebanyak 850 JLH pada tahun 2020 daripada jumlah permintaan air sedia ada. Usaha-usaha lebih giat akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengurangkan penggunaan air per kapita.

Lampiran

Tiada Lampiran.