Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

246) AIR PERCUMA UNTUK RAKYAT MISKIN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di samping air percuma untuk 20 meter padu pertama, adakah kerajaan bercadang memberi air percuma sepenuhnya kepada rakyat miskin dan golongan yang benar-benar memerlukan?

    Sebagaimana yang telah dijanjikan, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program pemberian 20 meter padu air percuma kepada semua rakyat Negeri Selangor meliputi pengguna air domestik yang mempunyai meter air individu  dan bagi pengguna pangsapuri yang belum mempunyai meter individu melalui program “LAPOR DAN DAPAT” (dahulunya dikenali sebagai SISTEM KUPON) selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Selangor dalam merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

    Kerajaan Negeri Selangor sangat prihatin atas isu-isu kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat Negeri Selangor, oleh sebab itulah rangka polisi Merakyatkan Ekonomi Selangor telah dibuat dan dilaksanakan semenjak tahun 2008 lagi meliputi bantuan-bantuan langsung serta bantuan mengupayakan diri.

    Bagi meneruskan skim pemberian 20 meter padu air percuma, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah memuktamadkan industri perkhidmatan air Negeri Selangor di bawah satu entiti yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri.  Melalui kaedah ini, kawalan penuh boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas operasi Syarikat SPV tersebut dan keuntungan serta kos operasi dapat dipantau secara telus dan berterusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.