Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

176) AIR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Langkah-langkah kerajaan negeri mengelakkan pencemaran air , untuk memastikan bekalan air tidak terputus dan mencukupi?

    Langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Air Selangor adalah pemantauan sungai oleh 12 pemantau sungai bagi kawasan seluas 609 kilometer persegi di kawasan tadahan bahagian bawah Semenyih dan enam (6) cawang sungai, ia itu Sg. Purun, Sg. Buah, Sg. Batang Benar, Sg. Pajam, Sg. Beranang dan Sg.

    Kerajaan Negeri juga telah minta Pihak Berkuasa Tempatan untuk memeriksa semua operasi premis perniagaan dan pembuatan berhampiran Sg. Semenyih dan pemantauan sungai oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama-sama pasukan pemantau sungai Air Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.