Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

71) AIR SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terangkan kronologi pengambilalihan daripada SYABAS kepada Air Selangor.

    Pada 12 September 2014, Perjanjian Utama (Master Agreement) telah dimeterai di antara Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor sebagai langkah untuk melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan

    Rentetan itu, pada 11 November 2014, Air Selangor telah menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (Share Purchase Agreement) dengan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) bagi menetapkan terma dan syarat ke atas pembelian pegangan di dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai PNSB Water Sdn Bhd) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

    Selanjutnya, Perjanjian Tambahan (Supplemental Agreement) kepada Perjanjian Utama telah ditandatangani pada 10 Julai 2015 sebagai persetujuan ke atas perkara-perkara berikut: –

     

    • Kerajaan Negeri menyerahkan aset-aset dan tanah kepada Kerajaan Persekutuan sebagai balasan untuk Kerajaan Persekutuan melalui PAAB menyediakan dana bagi membiayai pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air swasta di Selangor oleh Air Selangor; dan

     

    • Pelanjutan tempoh untuk menyempurnakan Perjanjian Utama selama enam puluh (60) hari sehingga 8 September 2015 bermula dari tarikh Perjanjian Tambahan untuk memenuhi Conditions Precedent (CP) Perjanjian

     

    Lanjutan dari termeterainya Perjanjian Tambahan tersebut, pada 15 Oktober 2015, Air Selangor telah berjaya mengambil alih PNSB dan SYABAS pada harga RM1.55 bilion.

Lampiran

Tiada Lampiran.