Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

267) AIR SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Salah satu punca pembaziran dan kekurangan air ialah Non Revenue Water (NRW). Nyatakan cara mengatasinya

    Antara kaedah utama yang sedang dilaksanakan bagi mengatasi serta mengurangkan kadar NRW adalah seperti berikut:-

    • Pelaksanaan program Pengesanan Kebocoran Aktif (“Active Leakage Detection”);
    • Pembentukan Zon Permeteran Daerah (“District Metering Zone”)
    • Pelaksanaan program pengurusan tekanan air yang sistematik;
    • Program penukaran meter air lama/rosak;
    • Program penggantian paip air lama;
    • Program penggantian paip komunikasi / paip

    Tube well didapati bersesuaian di kawasan struktur tanah jenis ‘alluvial’ (tanah liat dan pasir) di sekitar Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat. Walau bagaimanapun, bagi kawasan lembangan ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengoptimumkan abstraksi sumber air dari sungai ke kolam- kolam sedia ada di lembangan Sungai Selangor melalui kaedah Simpanan Luar Sungai (Off-River Storage – ORS).

    Manakala di lembangan Sungai Langat pula, Kerajaan Negeri telah membangunkan Loji Rawatan Air (LRA) baharu Semenyih 2 dan Labohan Dagang. Tambahan pula pendekatan Kerajaan Negeri Selangor melalui kaedah HORAS di hiliran dapat menghasilkan kapasiti air yang lebih tinggi dan mampan daripada “Tube Well”.

Lampiran

Tiada Lampiran.