Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

52) AIR SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci tindakan yang telah diambil untuk mencegah kejadian gangguan bekalan air di sekitar Balakong.

    Tindakan yang telah diambil untuk mencegah kejadian gangguan bekalan air di sekitar Balakong.

    Kerja-kerja menaiktarafkan LRA Sg. Langat sedia ada oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) melibatkan kerja-kerja elektrik, naik taraf pam air mentah dan terawat yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung 2017. Apabila siap sepenuhnya, loji yang mempunyai kapasiti tambahan dijangka akan dapat menampung permintaan di kawasan Balakong.

    Kerja-kerja menaiktarafkan dan membaiki rumah pam serta kolam perkhidmatan sedang dan telah siap dinaiktarafkan/dibaiki adalah seperti berikut:-

    • Rumah pam & tangki menara Taman Sg. Besi Indah. Rumah pam dan kolam menara telah dibaiki dan mula beroperasi pada bulan Mei 2016.
    • Kerja-kerja menaiktarafkan rumah pam & kolam perkhidmatan Taman Juara Jaya sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan Ogos/September 2017
    • Kerja-kerja menaiktarafkan rumah pam di Taman Bukit Belimbing sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan Ogos/September 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.