Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

294) AIR SELANGOR, BERAPAKAH KOS YANG TELAH DI BAYAR KEPADA POS MALAYSIA UNTUK MENGHANTAR BIL AIR?

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa bil-bil Air Selangor tidak dihantar terus, sebaliknya pihak pos Malaysia Êmeminta pengguna diminta ambil bil collect point?

    Bermula pada 1 Januari 2018, sejajar usaha ke arah ‘green bill’, Air Selangor telah memperkenalkan sistem e-Bil dan menghentikan pengeluaran bil di tapak (Spot Bill). Bagi pelanggan yang tidak memilih perkhidmatan e-Bil, bil air akan dihantar melalui POS Malaysia ke alamat premis pelanggan dan ke ‘Pusat Pungutan Setempat (Call Point). POS Malaysia telah memperkenalkan Pusat Pungutan Setempat (Call Point) di masjid, surau, rumah penghulu atau kedai-kedai dan memusatkan penghantaran surat biasa, bil telekomunikasi serta bil Air Selangor dan lain-lain bagi memudahkan penduduk setempat mengambil surat atau bil bulanan mereka. Kaedah ini dilaksanakan oleh POS Malaysia disebabkan terdapat sesetengah kawasan atau alamat yang tidak boleh dilawati oleh Posmen secara terus untuk menghantar bil-bil tersebut kerana lokasi yang sukar atau tidak tersusun.

Lampiran

Tiada Lampiran.