Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

148) AIR SELANGOR SDN BHD

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah misi dan visi serta pelan tindakan Air Selangor Sdn. Bhd.?

    Visi Air Selangor adalah “Untuk menjadi operator air terulung di rantau ini” dan Misi Air Selangor adalah “Untuk menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami”

    Pelan tindakan yang dirancang dan akan dimasukkan ke dalam Pelan Perniagaan 3 Tahun, yang belum dikemukakan kepada SPAN, terbahagi kepada 6 teras, iaitu:

    1. Menggabungkan 4 syarikat untuk mencapai sinergi
    2. Menaiktarafkan Loji Rawatan Air
    3. Penyambungan saling sistem agihan
    4. Penggantian Paip Air Lama/Usang
    5. Perolehan yang Telus dan Nilai Untuk Wang
    6. Mengharmonikan Struktur, Terma & Syarat Perkhidmatan

Lampiran

Tiada Lampiran.