Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

272) AIR SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang telah diambil dan akan diambil oleh Kerajaaan dalam memastikan mutu dan perkhidmatan yang tersusun terutama ketika berlaku krisis dan bencana?

    Bagi memastikan sebarang krisis bekalan air, pihak Air Selangor telah pun menyediakan SOP (Standard Operating Procedure) bagi ‘Emergency Response Plan (ERP)’ untuk menangani sebarang gangguan bekalan air berdasarkan keseriusan dan impak insiden serta diklasifikasikan kepada tiga kod warna iaitu Hijau, Kuning dan Merah.

    SOP ini dibahagikan kepada tiga komponen iaitu Peringkat Insiden, Peringkat Pemulihan dan Komunikasi yang memperincikan segala tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas insiden gangguan bekalan air.

    Garispanduan ini juga menjadi panduan kepada semua warga kerja Air Selangor bagi menangani sebarang krisis gangguan bekalan air dan memastikan bantuan kepada pengguna diuruskan dengan cekap dan teratur.

Lampiran

Tiada Lampiran.