Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

13) AIR TIDAK BERHASIL (NRW)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status perbelanjaan tentang peruntukan penggantian paip air lama dan kerja-kerja pengurangan air tidak berhasil atau NRW di Selangor untuk tahun 2017 sehingga sekarang?

    Untuk 2 bulan pertama tahun 2017, Air Selangor masih di dalam proses menganugerahkan kontrak bagi program penggantian paip air lama. Untuk tahun 2016, kontrak berjumlah RM110.4 juta (termasuk kos Jurutera Perunding) telah dianugerahkan dan sebahagian kerja-kerja masih dilaksanakan pada tahun 2017.

    Bagi Program Pengurangan NRW, kerja-kerja ini tidak lagi di laksanakan oleh kontraktor luaran semenjak Oktober 2016.  Untuk 2 bulan pertama tahun 2017, kos pekerja, peralatan NRW dan pembaikan paip bocor yang berkaitan dianggarkan berjumlah RM12 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.