Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

137) AIRBNB

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah sampingan (kacau ganggu, trafik dll) yang berpunca daripada bisnes AirBnB?

    Bagi menangani aduan berkenaan aktiviti penginapan yang berkonsepkan “bed and breakfast” atau sewaan jangka pendek (short term rental) secara lebih berkesan pada masa akan datang Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Institut Perancang Malaysia (MIP) sedang dalam usaha untuk menyediakan garis panduan menjalankan aktiviti rumah penginapan.

    Di peringkat Kerajaan Persekutuan juga, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah pun menyiapkan draf cadangan “Short Term Accommodation (STA) Regulatory Framework” sebagai panduan kepada pihak-pihak berkuasa untuk menyediakan instrumen kawalan ke atas aktiviti penginapan berkonsepkan “bed and breakfast” atau sewaan jangka pendek (short term rental) ini berdasarkan kepada isu-isu berkaitan.

    Dengan adanya Garis Panduan ini kelak, Pihak Berkuasa Tempatan atau lain-lain pihak yang berkepentingan mempunyai punca kuasa dan rujukan perundangan yang mencukupi untuk membenarkan, mengawal selia dan menguatkuasakan peraturan-peraturan berkaitan dengan aktiviti penginapan seperti ini secara bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.