AJARAN SESAT
30) AJARAN SESAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Huraikan apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyekat fahaman yang bertentangan dengan kehendak agama?
Kumpulan atau ajaran yang disyaki menyeleweng dari ajaran Islam yang
sebenar akan difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan
diwartakan. Sesuatu ajaran sesat yang telah di fatwa dan diwartakan
tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi membendung dan membanteras
ajaran berkenaan dari terus berkembang.
2) Selain peruntukan undang-undang sedia ada, kaedah alternatif secara
psikologi dalam usaha membanteras penyelewengan serta ancaman akidah
dilakukan melalui pendekatan berikut :
i) Memberi pendidikan ( tarbiyah ) serta pembanterasan melalui
kempen, penjelasan dan pemahaman kepada masyarakat mengikut
fungsi dan bidang kuasa yang sedia ada.
ii) Mewar-warkan penemuan sesuatu fakta/ maklumat mengenai
kumpulan tertentu secara umum di dalam media supaya mereka
merasa bahawa pergerakan mereka diketahui atau diawasi oleh pihak
berkuasa.
iii) Meningkatkan kekerapan pemantauan (rondaan) di kawasankawasan yang telah dikenal pasti atau disyaki menjadi markas/
tumpuan kumpulan tertentu, bagi mencapai tujuan gerak saraf dan
perang saraf.
iv) Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tanah/
premis markas kumpulan-kumpulan berkenaan boleh diambil tindakan
di bawah Akta Kanun Tanah Negara.
v) Memantapkan jaringan (networking) dengan pihak media bagi
memudahkan menyalurkan maklumat kepada umum tentang sesuatu
isu/ kumpulan tertentu.
3) Majlis penjelasan atau penerangan juga sentiasa di semarak dan di
perhebatkan yang meliputi pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat serta
memberi tumpuan kepada semua daerah dan golongan sasaran termasuk
memperbanyakkan penerbitan bahan yang berkaitan ajaran sesat sebagai
panduan masyarakat Islam.
4) Bagi memberi panduan kepada umat Islam khususnya kepada mereka yang
terlibat dengan amalan tarikat satu garis panduan Amalan Tarikat telah
disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, manakala draf enakmen
berkaitan Tarikat Tasawuf sedang disediakan bagi mengawal pengamalpengamal tarikat di negeri ini.
5) Selain itu, Negeri Selangor telah menubuhkan Pusat Pemurnian Akidah
Baitul Iman di Ulu Yam Baharu, Hulu Selangor dalam usaha untuk membantu
dan mendidik golongan yang pernah terjebak dalam gejala ajaran sesat bagi
memberi kefahaman yang sebenar tentang agama Islam dan membimbing
kembali mereka kepada ajaran Islam sebenar.
