Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

124) AJARAN SESAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan terperinci menangani ajaran sesat di Selangor iaitu ajaran dan fahaman WAHBI ? i ) Sudahkahada tangkapan dibuat? ii) Daerah mana yang terlibat ? iii) Apakah bentuk fahaman WAHBI dan dimana kesesatannya?

    Ajaran dan fahaman Wahabi sehingga kini belum difatwakan, baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri. Namun dalam  menangani isu berkaitan fahaman Wahabi ini JAIS telah merancang dan melaksanakan program-program seperti berikut :-

    • Melantik beberapa penceramah khusus bagi memberi penerangan mengenai fahaman Wahabi.
    • Mengadakan program, bengkel, seminar dan kursus mengenai fahaman Wahabi mengikut daerah kepada kakitangan awam dan masyarakat umum.
    • Menerbitkan buku dan risalah berhubung penjelasan Tauhid Ahli As-Sunah Wal-Jemaah.

    i) Sehingga kini tiada tangkapan yang dibuat terhadap kumpulan Wahabi.
    Tindakan yang telah dilaksanakan oleh JAIS adalah berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Seksyen 119 mengajar tanpa tauliah.

    ii) Daerah yang menjadi tumpuan fahaman ini adalah sekitar daerah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.