Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

62) AJARAN SESAT ‘JURUZON’

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa orangkah pengikut ajaran ini yang telah disiasat oleh penguatkuasa JAIS?

    Bahagian Penguatkuasaan JAIS bersama-sama Bahagian Penyelidikan JAIS dan Jabatan Mufti Selangor telah memantau pergerakan kumpulan ini yang dikenal pasti berpusat di Madrasah at-Taqwa, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Setelah aktiviti mereka terbongkar, mereka didapati telah berpindah dan disyaki kini beroperasi di alamat Lot 833, Jalan FELCRA Semungkis, Bt. 14 ½ Sungai Gahal, Kg. Sg. Semungkis, Hulu Langat Selangor. Kes ini masih lagi dalam pemantauan dan siasatan Bahagian Penguatkuasaan dan sehingga kini beberapa indicator masih belum dikenal pasti bagi menjustifikasikan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995. Tindakan ini perlu dibuat bagi memastikan segala elemen-elemen kesalahan wujud ketika tangkapan dibuat dan kerajaan tidak di saman.

Lampiran

Tiada Lampiran.