Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

6) AJARAN SESAT MILITAN ISLAMIC STATE (IS)

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan Ahli Islamic State tidak sebarkan konsep jihad atas nama Agama Islam Demi kestabilan ekonomi negeri ?

    1. Isu ajaran sesat Militan Islamic State (IS) melibatkan keselamatan negara. Justeru tindakan menangani penyebaran ideologi tersebut melibatkan penguatkuasaan di peringkat persekutuan dan negeri. Di peringkat Jabatan Mufti Negeri Selangor, langkah-langkah menangani penyebarannya telah dilaksanakan antaranya melalui :
      1. Pengeluaran Fatwa Gerakan Militan Al Dakwah Al Islamiya Fi Iraq Wal Al Sham ( DAESH ) atau Militan Islamic State In Iraq Anad Syams ( ISIS ) atau Militan Islamic State ( IS ) yang telah diwartakan pada 3 Februari 2016.
      2. Khutbah Jumaat berkenaan IS dan konsep Jihad yang telah dibaca di setiap masjid dan surau kebenaran solat jumaat di seluruh negeri Selangor pada 27 November 2015, bertajuk : IS Pengganas Bertopengkan Islam.
      3. Program Bicara Fatwa Selangor. Dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa secara umum termasuklah juga fatwa berkaitan IS.

    Setakat Mei jadual program ini adalah seperti berikut :

     

    BIL. TARIKH SASARAN PESERTA TEMPAT
    01. 24 Februari 2016

    Rabu

    Pemegang Tauliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
    02. 29 Februari 2016

    Isnin

    Pelajar Sek. Men. Keb. Setia Alam, Shah Alam
    03. 24 Mac 2016 Pelajar Sek. Jenis Keb. Cina Yoke
      Khamis   Kuen, Sekinchan
    04. 29 Mac 2016

    Selasa

    Pelajar Masjid        Jamiul         Ehsan,

    Kampung       Kubu        Gajah,

    Sungai Buloh

    05. 28 April 2016

    Khamis

    Pelajar Masjid      Kampung       Johan

    Setia, Klang

    06. 4 Mei 2016

    Rabu

    Pelajar Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang

     

    • Siaran di Akhbar Nasional (Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Selangor Kini)
    • Program Turun Padang “ Dialog Fatwa @ Mesra Ummah Bersama JMNS”. Program ini di laksanakan di masjid-masjid terpilih di negeri Selangor dan di dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan secara umum dan mengadakan sesi dialog atau soal jawab berkaitan fatwa yang telah dijelaskan dan isu-isu berkaitan hukum syarak di lokasi-lokasi berikut :

    i.Masjid Ijtimai’, Tebuk Pulai
    ii. Masjid Al Bakri, Bukit Naga
    iii. Masjid As Syakirin, Dengkil
    iv. Masjid Ubudiyah, Kerling
    v.Masjid Rinching Hilir, Semenyih
    vi.Masjid Ara Damansara, Petaling
    vii. Masjid Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa

    1. Radio (Selangor.fm). Slot di Selangor.fm 2 kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Jumaat, bermula jam 6.15 petang hingga 6.45 petang. Di dalam slot ini pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan tentang-tentang fatwa yang telah dikeluarkan dan diwartakan termasuklah fatwa dan isu berkaitan IS.

    7.Laman Web JMNS

Lampiran

Tiada Lampiran.