Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

111) AJARAN SYIAH

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Laporan media menunjukkan operasi penangkapan kumpulan yang terlibat dalam ajaran Syiah. Setakat manakah seriusnya kes ajaran Syiah ini di Selangor dan bagaimana ia boleh menggugat kesucian Islam di Selangor?

    1. Hasil tangkapan ke atas kumpulan Syiah pada 15hb. Disember 2010 di sebuah premis di Sri Gombak, pihak Penguatkuasaan JAIS telah menjalankan siasatan dan hasil siasatan seperti berikut :

     

    1. Penyebaran Syiah berlaku di dalam keluarga yang berfahaman
    2. Ahli keluarga Syiah akan menghantar anak-anak belajar ke QOM,
    3. Kumpulan Syiah telah menerbitkan Buletin Wardah, Majalah Hauzah Ar-Ridha, Buku Ziarah As Syura dan Ziarah Arbain, buku-buku bacaan dan risalah-risalah.
    4. Penemuan proposal untuk membina Hauzah Ar-Ridha di Hulu Klang membuktikan keseriusan mereka untuk mengembangkan Fahaman Syiah di Malaysia  dengan  lebih giat lagi.
    5. Mereka juga menganjurkan kekerapan program berbentuk ‘ outdoor ‘ dan ‘ indoor ‘ kepada remaja Islam supaya berjinak-jinak dengan fahaman Syiah yang agak sederhana.
    6. Penemuan penukul besi berantai yang dipercayai untuk menyeksa diri pada hari memperingati kematian Saidina Hussin. Pegawai Penyiasat tidak menolak kemungkinan perkara yang berlaku di Iran akan berlaku di

Lampiran

Tiada Lampiran.