Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

34) AKHBAR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor mempunyai akhbar-akhbar sendiri iaitu Selangor Kini, Selangor Times dan Selangor Indru untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Sejauh manakah sambutan rakyat terhadap akhbar-akhbar ini?

    Selangorkini: Untuk memastikan keberkesanan Selangorkini, satu kajian “Perspektif pengundi terhadap Selangorkini” telah dibuat oleh Merdeka Centre pada Julai 2011. Antara kesimpulan yang didapati dari kajian tersebut, liputan Selangorkini telah meningkat dari masa ke semasa. Liputan pada tahun 2011 meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ini disebabkan oleh keputusan untuk meningkatkan kekerapan edisinya dari sebulan sekali ke dua kali sebulan.

    Dari segi isi kandungan atau “editorial content”, tahap kepuasan dilihat agak tinggi secara umum. – 64% (Melayu), 50%  (Cina) dan 82 (India). Pengundi lelaki dilihat lebih berpuas hati dan inya disebabkan capaian di kalangan ini lebih tinggi berbanding perempuan.

    Menurut kecenderungan parti pula, lebih 70% mereka diatas pagar puas hati dengan isi kandungan Selangorkini. Sila lihat lampiran untuk tahu lebih lanjut.

    Selangor Times:Tiada kajian khusus yang telah dilakukan. Walaubagaimanapun, tinjauan rambang yang telah dilakukan mendapati, akhbar berbahasa Inggeris dan Mandarin ini mendapat sambutan baik oleh “target audience” iaitu penduduk bandar di negeri Selangor. Mereka selalu mendapa permintaan dari orang ramai, persatuan penduduk serta pemimpin masyarakat.

    Selangor Indru: Tiada kajian khusus yang telah dilakukan. Namun mengikut tinjauan pejabat ahli majlis kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar yang

    bertanggungjawab untuk pengedar akhbar bahasa Tamil tersebut,

Lampiran

Tiada Lampiran.