Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

211) AKHBAR SELANGOR KINI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan proses pembikinan akhbar Selangor Kini dari mendapatkan berita sehingga ia diedarkan kepada rakyat?

    Proses bermula apabila senarai tugasan diterima dan diagih kepada pemberita sebelum menyiapkannya untuk disunting dan dipapar dalam talian (online).

    Hasil berita itu kemudian diolah semula untuk disesuaikan dengan edisi cetak dan PDFnya diemel ke kilang percetakan.

    Keesokannya, ia diedar ke SUK, PBT dan Pusat Khidmat Adun yang mengedarkannya kepada masjid dan beberapa hypermarket (Giant, Econsave) terpilih.

Lampiran

Tiada Lampiran.