Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

149) AKHBAR SELANGORKINI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara detail apakah peranan utama dan keberkesanan Akhbar Selangorkini dalam menyampaikan maklumat Kerajaan Negeri kepada rakyat?

    Akhbar Selangorkini berperanan menyampaikan maklumat dan penerangan mengenai dasar dan aktiviti kerajaan Negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abd Khalid Bin Ibrahim, barisan EXCO dan Adun di negeri ini kepada segenap lapisan rakyat. Ia perlu kerana maklumat berkaitan dasar dan aktiviti itu kerap kali digelapkan oleh media arus perdana yang dikawal kerajaan Pusat. Malah, banyak dasar dan isu berkaitan kerajaan Negeri Selangor di manipulasi dan diputar belit hingga mengelirukan rakyat negeri

    Keberkesanan Selangorkini terserlah apabila rakyat tidak lagi mempercayai bulat-bulat inti pati media arus perdana sebaliknya membandingkan fakta dengan akhbar ini.

    Akhbar ini juga menjadi sumber maklumat utama di kalangan masyarakat desa yang kurang mesra dengan aplikasi media sosial, lebih-lebih lagi golongan 40 tahun ke atas yang kurang mahir dengan teknologi maklumat.

    Sekali gus, ia membawa kepada rakyat yang celik maklumat dan berfikiran kritik serta bijak membuat penilaian dalam sesuatu isu.

Lampiran

Tiada Lampiran.