Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

124) AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan akan mewajibkan pengasingan sampah di rumah menjelang 2013 bagi menjadikan sistem pengurusan sisa pepejal di negara ini lebih efektif sebagai salah satu langkah di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam pengurusan sisa pepejal mengikut peruntukan Akta dan senaraikan kontraktor yang bertanggungjawab untuk pungutan sisa pepejal di Negeri Selangor?

    1. Berdasarkan kepada Akta 672 yang akan dikuatkuasakan kelak, Kerajaan Negeri bertindak untuk memantau perkhidmatan Pengrurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSPPA). Selain itu juga, Kerajaan Negeri akan membantu Kerajaan Persekutuan dalam membuat dasar-dasar baru yang dapat menambah baik tahap perkhidmatan PSPPA ini. Dari sudut pengoperasian pula ia akan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan PSPPA yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.