Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

173) AKTIVITI EKONOMI UTAMA SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Butir-butir aktiviti ekonomi dalam Negeri Selangor mengikut jenis, iaitu perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan sebagainya dan sumbangan mereka kepada keseluruhan ekonomi Negeri Selangor dalam tahun 2012?

    Butir-butir aktiviti ekonomi dalam negeri Selangor mengikut sektor pada tahun 2012 adalah seperti berikut:

     

    Sektor Utama (1.7%)

    Sektor utama tumbuh perlahan pada kadar 1.7% (2011 : 1.8%) sumbangan daripada subsektor Pertanian yang tumbuh pada kadar 1.6% (2011 : 1.7%) dan subsektor Perlombongan dan Pengkuarian yang tumbuh pada kadar 0.1% (2011

    : 0.1%).

     

    Sektor Perindustrian (39.9%)

    Sektor Perindustrian tumbuh sederhana pada kadar 39.9% (2011:37.9%). Pertumbuhan sederhana ini adalah sumbangan daripada subsektor Pembuatan dan Pembinaan yang masing-masing tumbuh pada kadar 34.6% (2011:34.9%) dan 5.3% (2011:4.8%).

     

    Sektor Perkhidmatan (58.3%)

    Sektor Perkhidmatan tumbuh perlahan pada kadar 58.3% (2011:58.5%) hasil sumbangan daripada subsektor seperti berikut:

     

    • Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi (2012 : 11.4%, 2011 : 3%)

     

    • Perdagangan Borong dan Runcit, Penginapan dan Restoran (2012 : 18.0%, 2011 : 2%)

     

    • Kewangan dan Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan (2012 : 18.8%, 2011 : 9%)

     

    • Perkhidmatan Lain

    (2012 : 5.0%, 2011 : 5.0%)

     

    • Perkhidmatan Kerajaan (2012 : 5.2%, 2011 : 2%)

     

    Berdasarkan butir-butir ekonomi seperti yang telah dinyatakan di atas, ekonomi negeri Selangor telah merekod prestasi yang baik dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 2012 tumbuh pada kadar 5.7% dan merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang mendominasi dan kekal sebagai peneraju utama ekonomi negara dengan jumlah sumbangan sebanyak 23.5%.

Lampiran

Tiada Lampiran.