Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

187) AKTIVITI JUDI, ARAK DAN RUMAH URUT HARAM SERTA GENGSTERISM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membendung aktiviti judi, arak dan rumah urut di Selangor dan Meru khasnya?

     Langkah yang diambil oleh Majlis Perbandaran Klang didalam membendung aktiviti judi, arak dan rumah urut di Selangor dan Meru khasnya, adalah dengan cara mengenakan syarat bagi premis yang menjual arak iaitu perlu mendapatkan kelulusan lesen daripada Pejabat Daerah/Tanah terlebih dahulu, manakala bagi rumah urut pula Majlis telah memberhentikan pengeluaran lesen rumah urut semenjak tahun 2007.

    Majlis Perbandaran Klang telah mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas ke atas mana-mana premis yang didapati menjalankan kegiatan tidak bermoral (seperti pusat hiburan, pusat siber, menjual arak dan rumah urut). Tindakan penyitaan ke atas barang-barang perniagaan dikenakan ke atas premis di bawah peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh PBT.

    Selain itu, pihak Majlis Perbandaran juga akan bekerjasama dalam menjalankan operasi bersepadu ke atas premis-premis tersebut bersama agensi penguatkuasaan seperti polis, JAIS, KPDNKK, PTD dan Imigresen dalam membendung aktiviti maksiat dan perjudian ini.

    Berikut adalah statistik tindakan penguatkuasaan tahun 2017 ke atas premis berkaitan :

    Jenis Premis Jumlah Kompaun Jumlah Sitaan
    Pusat Hiburan 20 75
    Pusat Siber 188
    Rumah Urut 2 103
    Arak 13 83

     

    Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara telah mengambil tindakan dan langkah-langkah pencegahan terhadap aktiviti yang menjalankan kegiatan judi, arak dan rumah urut secara haram berpandukan kepada statistik dari tahun 2015 hingga 2018 seperti di bawah:-

    Aktiviti Judi:-

    Tahun Jumlah Serbuan Jumlah Tangkapan Jumlah Pendakwaan
    Tuduh NFA Dalam

    Siasatan

    2015 411 447 403 8 0
    2016 271 145 263 8 0
    2017 177 449 147 30 0
    2018 108 208 78 7 23
    Jumlah

    Keseluruhan

    967 1,249 891 53 23

     

    Penjualan arak secara haram dan tidak menepati syarat adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Kastam, walau bagaimanapun pihak Polis turut membantu menjalankan operasi tersebut berdasarkan kepada statistic berikut:-

    Tahun Jumlah Serbuan Jumlah Tangkapan Jumlah Pendakwaan
    Tuduh NFA Dalam

    Siasatan

    2015 0 0 0 0 0
    2016 5 6 5 0 0
    2017 3 4 3 0 0
    2018 3 7 3 0 0
    Jumlah

    Keseluruhan

    11 17 11 0 0

     

    Perniagaan rumah urut haram:-

    Tahun Jumlah Serbuan Jumlah Tangkapan Jumlah Pendakwaan
    Tuduh NFA Dalam Siasatan
    2015 90 695 86 4 0
    2016 55 339 48 7 0
    2017 82 446 72 10 0
    2018 35 184 31 4 0
    Jumlah

    Keseluruhan

    262 1,664 237 25 0

     

Lampiran

Tiada Lampiran.