Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

188) AKTIVITI PELANCONGAN DUSUN TUA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang telah/akan diambil bagi menggiatkan lagi aktiviti pelancongan seperti di Air Terjun Sungai Gabai, Hutan Lipur Sungai Congkak, Gunung Nuang, Kolam Air Panas Batu 15 _ Dusun Tua dan Menara Tinjau, Dusun Tua

    Pengurusan hutan lipur dan taman rekreasi yang disenaraikan tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada jabatan atau agensi seperti berikut:

    Bil. Produk Jabatan
    1. Air Terjun Sungai Gabai Majlis Perbandaran Kajang
    2. Hutan Lipur Sungai Congkak Tourism Selangor Sdn Bhd
    3. Hutan Lipur Gunung Nuang Jabatan       Perhutanan

    Negeri Selangor

    4. Kolam Air Panas Batu 15 1/2 Majlis Perbandaran Kajang
    5. Menara Tinjau Ampang Jabatan       Perhutanan

    Negeri Selangor

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melalui peruntukan kewangan sebanyak RM100,000 merancang untuk membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan di Hutan Lipur Gunung Nuang termasuklah kerja-kerja membaiki jalan masuk ke stesen pendakian, menyediakan denai interpretasi, menambah ruang parkir dan membaiki kemudahan-kemudahan sedia ada seperti chalet, dorm, pondok rehat, surau dan tandas.

    Selain daripada itu, dalam peringkat akhir untuk menandatangani perjanjian bagi aktiviti di Hutan Lipur Sungai Congkak.  Tourism Selangor kini sedang meneliti beberapa proposal bagi mengadakan beberapa aktiviti lain seperti ’Skytrex’  untuk dijalankan  di Hutan Sungai Congkak namun ianya memerlukan penelitian dan kajian  yang teliti bagi memastikan tiada kerosakan di kawasan hutan tersebut. Bagi tujuan promosi, pihak Tourism Selangor sentiasa giat merangka dan menjalankan pelbagai aktiviti promosi dalam dan luar negara melalui pelbagai medium seperti acara, media cetak dan elektronik serta media sosial seperti website, facebook dan Twitter.

    Kolam Air Panas Batu 15 ½ yang terletak di daerah Hulu Langat, termasuk sebagai salah satu produk pelancongan di bawah Majlis Perbandaran Kajang adalah dengan mengadakan lawatan dan memeuatkan informasi berkenaan Kolam Air Panas Batu 15 ½ ke dalam buku berjudul. ’Jom Kajang’ yang diedarkan pada semua produk pelancongan berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.