Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

71) AKTIVITI PERNIAGAAN OLEH PENDATANG HARAM

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pendatang haram semakin menguasai aktiviti perniagaan dan mengawal harga barang-barang di pasar-pasar awam Selangor. Bagaimanakah langkah-langkah kerajaan negeri menangani masalah ini?

    PBT sentiasa memantau aktiviti perniagaan di pasar-pasar awam seluruh Negeri bagi menangani peniaga haram termasuklah peniaga warga asing di pasar-pasar awam atau gerai-gerai. Walau bagaimanapun, PBT tiada kuasa mengawal harga barang-barang kerana ianya di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyeru kepada pengguna agar melaporkan salah laku peniaga yang yang meletakkan harga barang sewenang-wenangnya kepada KPDNKK.

Lampiran

Tiada Lampiran.