Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

74) AKTIVITI PROMOSI DAN IKLAN PELANCONGAN DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pelancongan mempunyai potensi tinggi Êdalam meningkatkan pendapatan negeri. Adakah kerajaan akan Êmeningkatkan belanjawan untuk aktiviti promosi dan iklan pelancongan di Selangor?

    Pada tahun 2018, Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM6.25 juta di mana sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan khusus bagi tujuan aktiviti promosi dan acara pelancongan negeri.

    Kerajaan Negeri sedar di atas potensi industri pelancongan kepada pendapatan negeri dan justeru itu, Kerajaan Negeri telah mempergiatkan aktiviti promosi pelancongan dalam beberapa kaedah seperti penglibatan agensi kerajaan dan agensi pelancongan negeri di dalam siri promosi dalam dan luar negara, aktiviti familiarization trip atau FAM Trip yang bertujuan menghebahkan dan mempromosikan tentang produk & perkhidmatan pelancongan setempat dan juga menjalankan aktiviti promosi melalui pelbagai media sama ada melalui media cetak ataupun elektronik.

    Bagi tujuan tersebut, sehingga 1 November 2018 Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM2,262,651.04 untuk aktiviti-aktiviti promosi dan pengiklanan pelancongan.

    Bagi tahun 2019, Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri bercadang untuk terus memberi fokus dan mempergiatkan lagi aktiviti promosi pelancongan dan pengiklanan ini dengan mengambil peluang dan memaksimumkan potensi-potensi pelancongan negeri sedia ada.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.