Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

147) AKU JANJI MENTERI BESAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Aku janji Menteri Besar Selangor ada menyatakan akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai agama Negeri dari diganggu Ð gugat oleh mana-mana pihak dan turut menghormati hak agama lain diamalkan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan aku janji ini dilaksanakan?

    Kerajaan memastikan Aku Janji memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam terlaksana menerusi penyelarasan aktiviti-aktiviti pengurusan Hal Ehwal Islam yang dikordinasikan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam. Melalui cara ini, kerajaan memastikan usaha- usaha dakwah dan penerangan mengenai agama Islam diberikan kepada seluruh masyarakat negeri ini, penguatkuasaan dan pengadilan diberikan kepada mereka yang melakukan jenayah syariah atau teraniaya dan hukum hakam mengenai perkara-perkara baru dalam kehidupan umat Islam dapat disampaikan kepada

     

Lampiran

Tiada Lampiran.