Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

102) ALAM SEKITAR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pencemaran air dan udara di seluruh Negeri Selangor terkini ?

    Terdapat 82 stesen pengawasan kualiti air sungai di Negeri Selangor yang dijalankan ke
    atas 3 (tiga) lembangan sungai utama iaitu Lembangan Sungai Selangor, Lembangan
    Sungai Langat dan Lembangan Sungai Klang yang meliputi Sungai Selangor, Sungai
    Bernam, Sungai Tengi, Sungai Langat, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Buloh
    Data pengawasan kualiti air sungai terkini yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar
    menunjukkan 2 buah sungai dikategorikan sebagai bersih iaitu Sungai Selangor dan
    Sungai Bernam, 4 buah sungai dikategorikan sebagai sederhana tercemar iaitu Sungai
    Langat, Sungai Sepang, Sungai Tengi dan Sungai Klang sementara 1 buah sungai
    dikategorikan sebagai tercemar iaitu Sungai Buloh.
    Manakala untuk memantau status kualiti udara terdapat 6 stesen pengawasan kualiti
    udara di Negeri Selangor iaitu di Kuala Selangor, Gombak, Kajang, Petaling Jaya, Klang
    dan Shah Alam. Penilaian ke atas status kualiti udara adalah dibuat berdasarkan
    kepada Indeks Kualiti Udara (IKU) yang terbahagi kepada lima (5) kategori iaitu baik
    (nilai IKU 0 hingga 50), sederhana (nilai IKU 51 hingga 100), tidak sihat (nilai IKU 101
    hingga 200), sangat tidak sihat (nilai IKU 201 hingga 300) dan merbahaya (nilai IKU
    melebihi 300). Pada masa kini status kualiti udara di negeri Selangor berada pada tahap
    baik dan sederhana pada kebanyakan masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.