Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

9) ALAM SEKITAR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pencemaran air, udara serta alam sekitar membimbangkan rakyat. Apakah perancangan serta kawalan yang sedang dibuat serta perancangan bagi mengawal agar tidak akan berlaku pencemaran alam sekitar?

    Fungsi utama Jabatan Alam Sekitar adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memulihara alam sekitar selaras dengan kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pelaksanaan fungsi dan peranan ini adalah melalui Bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Alam Sekitar. Antara Bahagian-Bahagian tersebut adalah Bahagian Operasi, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Peranan JAS melalui bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut:

    • Melaksanakan program penguatkuasaan dan memastikan punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dipatuhi sepenuhnya;

     

    • Memproses Laporan Penilaian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA);

     

    • Memberi input dan nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam perancangan projek pembangunan;

     

    • Menjalankan siasatan aduan pencemaran alam sekitar;

     

    • Melaksanakan program pengawasan kualiti alam sekitar; dan

     

    • Melaksanakan dan mempromosi program kesedaran dan pendidikan kepada pihak-pihak berkenaan;

    Untuk tempoh jangka panjang JAS sedang dalam proses untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam akta sedia ditambahbaik termasuklah menaikkan kadar hukuman dan denda yang dikenakan pesalah alam sekitar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.