Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

95) ALAM SEKITAR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan dalam pemeliharaan hutan simpanan yang terlibat dalam Projek Infrastruktur Persekutuan?

    Dasar Kerajaan Negeri Selangor berkenaan penggunaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi Projek Infrastruktur Persekutuan adalah seperti berikut :

    • Kawasan HSK yang terlibat merupakan pilihan cadangan terakhir; ii) Projek tersebut mempunyai kepentingan nasional yang akan memberi kemudahan kepada rakyat dan masyarakat setempat;
    • Pihak pemohon telah melaksanakan beberapa kajian yang berkaitan dan telah mendapat kelulusan seperti Kajian Environmental Impact Assessment (EIA), Detail Environment Impact Assessment (DEIA), Pelan Hidupan Liar dan kajian-kajian lain yang berkaitan;
    • Mendapat ulasan dan sokongan daripada Jabatan-jabatan dan Agensi-
    • agensi teknikal yang berkaitan;
    • Proses Penyiasatan Awam melalui Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
    • Penyiasatan Awam; vi) Laporan Penuh Jawatankuasa Penyiasatan Awam akan disediakan dan diangkat bersama Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
    • Sekiranya diluluskan, proses pewartaan pemansuhan dan penggantian HSK akan dijalankan serentak dengan keluasan yang sama atau lebih besar; dan
    • Selain itu, gantirugi pokok dengan gandaan tiga (3) juga akan dikenakan bagi kawasan yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.