Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

46) ALAM SEKITAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif-inisiatif lain yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam program mesra alam / Ògo greenÓ selain daripada program Hari Tanpa Plastik, dan siapa dan ke mana sasarannya?

    Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai program mesra alam / “Go Green” dalam mendukung Teras ke – 5 Kerajaan Negeri iaitu memastikan pembangunan alam sekitar yang mampan. Antara program-program yang dilaksanakan adalah :-

     

    Program Pemuliharaan Habitat Kelip-Kelip di Kuala Selangor

    • Program ini adalah merupakan program kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan AEON Co. (M) Bhd. Pihak FRIM telah dilantik sebagai pelaksana projek dalam usaha memulihara habitat kelip- kelip di beberapa kawasan yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri juga telah mewartakan tanah seluas 100 hektar bagi menyokong program ini. Sejumlah RM260,300.00 telah dibelanjakan bagi program ini.

     

    • Projek Pembinaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
      • Projek ini akan dilaksanakan di bangunan Dewan Jubli Perak sebagai salah satu inisiatif Pelan Tindakan Kejiranan Hijau dan dapat mengelakkan penggunaan air bersih untuk kerja-kerja pembersihan, penyiraman pokok bunga dan ‘toilet flushing’ seterusnya boleh menjimatkan / mengurangkan perbelanjaan bil

     

    • Program Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS)
      • Program ini bertujuan untuk mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar melalui pendekatan memupuk, mendidik dan memberikan pengetahuan serta pengalaman yang berguna kepada masyarakat, penjawat awam, belia dan pelajar mengenai nilai-nilai murni dalam memelihara dan memulihara alam

     

    Di samping program-program yang disebutkan di atas, Kerajaan Negeri turut menyokong dan menyalurkan peruntukan bagi pelbagai program dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di Negeri Selangor sepanjang tahun bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat awam mengenai tanggungjawab mereka dalam penjagaan alam sekitar dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, NGO, Persatuan Penduduk dan Pusat Khidmat Rakyat DUN.

Lampiran

Tiada Lampiran.