Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

61) ALAM SEKITAR (PROJEK PENTERNAKAN BABI)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebab projek ternakan babi secara besar-besaran ini diberi keutamaan yang tinggi oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk dilaksanakan sebaik sahaja Pakatan Rakyat (Gabungan PKR, DAP, dan PAS) memenangi Pilihan raya Umum ke-12 di Negeri Selangor?

    Projek Ternakan Babi Moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk Kuala
    Langat merupakan kelangsungan daripada kerajaan terdahulu. Projek ini perlu
    dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam yang telah ditanggung
    oleh penduduk sekitar lebih dari 20 tahun lalu.

Lampiran

Tiada Lampiran.