Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

293) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak GLC milik Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk melibatkan diri dalam sektor makanan dan minuman (f&b) halal atau peruncitan kerana pasarannya yang luas di samping dapat memperkenalkan jenama tempatan di pasaran?

    Buat masa ini, syarikat GLC milik Kerajaan Negeri tidak mempunyai penglibatan di dalam sektor makanan dan minuman (F&B) halal atau peruncitan. Namun begitu, MBI melalui anak syarikatnya Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) telah menyediakan Halal Park, di mana aktiviti perkilangan, pembuatan dan perkhidmatan perniagaan terletak di Pulau Indah dengan pelbagai kemudahan seperti taman, aktiviti ekonomi dan sosial. Halal Park bertujuan memberi peluang syarikat-syarikat yang mengambil bahagian untuk berkembang dan memastikan aspek aspek Halal dijaga sepenuhnya oleh pengeluar tersebut.

    CSSB juga telah melancarkan Halal International Selangor (HIS) bagi menyediakan kemudahan penawaran program latihan persijilan Halal yang diperakui oleh Halal Technician Competent Person (HTCP). Program ini merangkumi pematuhan syariah, Halal Malaysia, pendedahan teknikal dan komersial oleh industri Halal yang telah diperkenalkan di universiti tempatan untuk tujuan latihan dan pengukuhan pengetahuan halal di kalangan pasaran graduan pekerjaan. Ini dapat memastikan industri halal Malaysia di perakui mengikut pasaran semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.