Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

4) ANAK-ANAK SYARIKAT MEMATUHI PEKELILING PERBENDAHARAAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk kepada Usul 20 Tahun 2010 berkenaan urus tadbir anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor: Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap syarikat tahu dan melaksanakan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 9/1993, 10/1993, 11/1993 dan 12/1993?

    Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sentiasa memantau pelaksanaan Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan tersebut melalui Mesyuarat Lembaga MBI yang diadakan secara berkala dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor.

    Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan isu-isu dan perkara-perkara berkaitan anak-anak syarikat khususnya perkara berkaitan kewangan dan tadbir urus syarikat. Sehubungan itu, kelulusan melibatkan perancangan dan urus tadbir kewangan perlu disahkan pada mesyuarat tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.