Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

118) ANAK-ANAK SYARIKAT SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah dividen dan sumbangan yang diberikan oleh Anak- anak Syarikat Selangor kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007-2012.

    Senarai jumlah dividen dan sumbangan yang diberikan oleh Anak-anak Syarikat Selangor kepada Kerajaan Negegi Selangor pada tahun 20072012 adalah seperti berikut:

    1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) – Lampiran 1
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) – Lampiran 2
    3. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) – Lampiran 3

     

    Kumpulan Darul Ehsan Berhad

    1. Sumbangan yang telah diberikan oleh Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan anak syarikatnya, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 – 2012 adalah seperti di Jadual A (bawah).
        2007 2008 2009 2010 2011 2012 TOTAL
    A Projek Komuniti 343,000 236,000 302,000 21,600 1,277,000 2,179,600
    B Derma 738,862 1,212,233 197,000 100,000 301,954 2,550,049
    C 20 meter padu Air

    Percuma

    68,674,733 131,460,067 22,687,591 222,822,391
    D Tajaan Kepada Persatuan

    Bola Sepak Selangor

    (FAS)

    4,106,000        
    E Bayaran Zakat (Kumpulan) 3,232.000 3,850,000 537,000 528,078 501,716 1,111,294 9,760,088
    F Sumbangan Kepada

    Tabung Warisan Negeri

    Selangor

    1,435,360 1,435,360
      Jumlah Sumbangan

    Kepada Kerajaan Negeri

    Selangot

    4,313,862 73,972,966 136,602,067 23,337,270 1,778,716 2,848,608 242,853,488

    Jadual A: Sumbangan kepada Kerajaan Negeri Selangor dari Tahun 2007 – 2012

    1. Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah terikat dengan peraturan dan terma-terma penyenaraian di Bursa. Anak syarikat memastikan segala transaksi syarikat adalah berdasarkan harga pasaran semasa dan urus niada adalah bersifat kompetitif.
    2. Projek sosial yang telah dilaksanakan oleh anak syarikat negeri Selangor merangkumi latihan keusahawanan, latihan kemahiran dan bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan sendiri kepada rakyat Selangor yang menyertai program “Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor” (RKRS). Program latihan yang disediakan adalah seperti berikut:
    • Penjagaan kanak-kanak
    • Bakeri
    • Perakaunan, pengauditan dan pencukaian
    • Percetakan segera
    • Operasi dan pengurusan halal
    • Pembangunan siswazah
    • Keusahawanan penternakan haiwan
    • Jahitan
    • Pemeringkatan marin
    • Mutawif
    • Perbankan dan kewangan Islam
    • Pengurusan projek teknologi maklumat
    • Juruteknik pelbagai kemahiran teknologi maklumat
    • ADOBE Photoshop dan animasi
    • Fiber ke rumah

    KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

    • Semenjak memulakan operasi pada 2008. KSSB telah membuat bayaran dividen sebanyak RM29.5 juta kepada MBI untuk tahun kewangan 2008 hingga 2012. KSSB juga telah menyumbangkan sebanyak RM16.3 juta untuk program-program Kerajaan Negeri Selangor untuk tempoh yang sama.
    • Perniagaan KSSB adalah berdasarkan pergerakan pasaran di mana harga jualan yang ditetapkan oleh KSSB adalah kompetitif mengikut kawasan dan tempoh masa yang tertentu.

    KSSB juga menyokong sistem pasaran terbuka di mana kontraktorkontraktor lombong pasir persendirian dan cucigali sungai dibenarkan untuk menjual pasir kepada pelanggan pada harga pasaran yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

    • KSSB tidak menjalankan projek sosial secara khusus. Namun untuk tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2012, KSSB telah memberikan sumbangan sebanyak RM1.6 juta kepada sekolah-sekolah, rumahrumah ibadat serta badan-badan kebajikan di bawah program sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

    Untuk tahun-tahun mendatang, KSSB akan meneruskan program CSR ini dan juga akan menjalankan beberapa projek sosial khususnya yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.