Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

67) ANAK PRA-SEKOLAH

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Negeri Selangor bercadang menubuhkan pusat anak pra-sekolah seumpama Program ÒPermata NegaraÓ sebagai tanda keprihatinan terdapat rakyat?

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan pendidikan awal kanak-kanak kerana
    kanak-kanak merupakan tonggak pembangunan insan yang cemerlang bagi sesebuah
    negeri. Dengan mempertingkatkan taraf institusi taska di Selangor, Kerajaan Negeri
    turut mementingkan sistem pembelajaran kanak-kanak supaya dapat berkembang
    seimbang dengan perkembangan emosi dan kognitif dengan lebih optimum dan
    bersedia apabila memasuki alam persekolahan formal.
    Terdapat pelbagai jenis taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Negeri Selangor bagi memastikan ianya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
    sebagai langkah keselamatan penghuni dan sekali gus sebagai keprihatinan kepada
    kebajikan rakyat.
    Terdapat empat (4) jenis taska yang terdapat di Negeri Selangor, iaitu :-
    1) Taska Di Rumah – suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang
    daripada sepuluh (10) orang kanak-kanak dalam rumah orang yang di daftarkan.
    2) Taska Di Institusi – suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk
    sepuluh (10) orang kanak-kanak atau lebih.
    3) Taska Di Tempat Kerja – suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang
    menerima masuk sepuluh orang atau lebih.
    4) Taska Komuniti – suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh
    (10) orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima
    bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.
    Dengan wujudnya taska-taska ini di Negeri Selangor, pendidikan kanak-kanak dari
    segenap lapisan masyarakat tidak dipinggirkan dan akan sentiasa memastikan kanakkanak tersebut mendapat perhatian yang sewajarnya.
    Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk melaksanakan program seumpama
    program “Permata Negara”. Namun, Kerajaan tetap menjalankan pemantauan,
    penguatkuasaan dan mempertingkatkan kualiti taska-taska sedia ada dari sudut
    pendidikan dan penjagaan secara berkala. Tidak terkecuali juga latihan dan bimbingan
    turut disediakan kepada pengusaha-pengusaha dan pengasuh-pengasuh taska yang
    dianjurkan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.