Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

156) ANAK SYARIKAT ATAU GLC YANG TERDAPAT DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah penjimatan yang diperolehi dari menggunakan khidmat anak syarikat Negeri Selangor iaitu KDEB - Kumpulan Darul Ehsan Berhad berbanding dengan melantik kontrator awam untuk urusan mengutip sampah?

    MMKN ke 7/2018 pada 7 Mac 2018 memutuskan agar KDEB Waste Management (KDEBWM) melaksanakan kontrak mengikut skop kerja sedia ada di PBT. Disamping itu, KDEBWM perlu meneroka lain-lain kawasan baharu yang sesuai selari dengan Terma Rujukan asal PMC yang diluluskan oleh MMKN terdahulu pada tahun 2016.

    Berdasarkan rekod di PBT yang telah melantik KDEBWM sebagai PMC terdapat peningkatan kos pengurusan sisa pepejal berbanding sebelumnya. Di Majlis Perbandaran Klang (MPK), selaku PBT pertama yang diambil alih oleh KDEBWM, contohya kos pengurusan sisa pepejal pada tahun 2015 adalah berjumlah RM47.9 juta dan meningkat kepada RM61 juta pada tahun 2016/2017 (selepas pengambilan KDEBWM). Peningkatan tersebut adalah disebabkan pertambahan 64 kawasan baharu, penggunaan sistem teknologi maklumat serta jadual kutipan sampah pukal yang bertambah dari 3 kali seminggu kepada 6 kali seminggu.

    Walaupun berlakunya kenaikan dalam kos pengurusan sisa pepejal di MPK, kawasan operasi telah bertambah dan kualiti perkhidmatan juga telah bertambah baik.

Lampiran

Tiada Lampiran.