Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

152) ANAK SYARIKAT ATAU GLC YANG TERDAPAT DI BAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah anak syarikat atau GLC yang terdapat di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Terdapat 141 syarikat GLC di bawah Kumpulan MBI seperti perincian berikut :-

    i. Anak syarikat milikan penuh MBI – 19 syarikat
    ii. Anak syarikat tidak langsung – 95 syarikat
    iii. Syarikat Bersekutu langsung – 1 syarikat
    iv. Syarikat Bersekutu tidak langsung – 26 syarikat

    Status adalah seperti perincian berikut :-

    i. 103 syarikat berstatus aktif

    – Anak syarikat milikan penuh MBI – 18 syarikat
    – Anak syarikat tidak langsung – 62 syarikat
    – Syarikat Bersekutu langsung – 1 syarikat
    – Syarikat Bersekutu tidak langsung – 22 syarikat

    ii. 38 syarikat berstatus Dorman ( termasuk 26 syarikat under liquidation)

    – Anak syarikat milikan penuh MBI – 1 syarikat
    – Anak syarikat tidak langsung – 33 syarikat (termasuk under liquidation)
    – Syarikat Bersekutu langsung – 0 syarikat
    – Syarikat Bersekutu tidak langsung – 4 syarikat (termasuk under liquidation)

    iii. Under liquidation – 26 syarikat

Lampiran

Tiada Lampiran.