Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

163) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sumbangan dan tajuk program oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor mengikut DUN sepanjang wabak COVID-19?

    Untuk makluman, CSR MBI dan anak-anak syarikat di bawah Kumpulan MBI menerima banyak permohonan CSR daripada pelbagai pihak setiap tahun dan proses permohonan tidak dilakukan mengikut DUN sebaliknya kriteria pemilihan dilakukan berlandaskan aspirasi kerajaan negeri dan tadbir urus korporat yang tertinggi. Sumbangan sempena Covid-19 terdiri daripada sumbangan makanan dan peralatan perlindungan PPE kepada frontliners.

    Berikut adalah perincian sumbangan MBI dan anak-anak syarikat di bawah Kumpulan MBI sepanjang wabak Covid-19:

Lampiran

Tiada Lampiran.